Israk ialah perjalanan Rasulullah SAW di malam hari menaiki Burak iaitu satu kenderaan dari syurga. Perjalanan tersebut bermula dari Mekah ke Baitul Maqdis (Palestin). Manakala Mikraj ialah naik ke langit dari Baitul Maqdis (Masjidil Aqsa) hingga ke Sidratul Munhata.Peristiwa besar ini merupakan peristiwa yang penuh dengan pengajaran dalam pembentukan jati diri muslim. Diantara perkara utama yang berlaku ialah persinggahan Nabi di Masjidil Aqsa sebelum dimikrajkan ke Sidratul Muntaha.
Justeru sebagai memperingati peristiwa bersejarah ini, SAM Sungai Merab Luar telah mengadakan majlis ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Abdul Hakam bin Jaaf. Beliau merupakan seorang penceramah bebas yang berkhidmat sebagai penterjemah di Pustaka Salam Sdn. Bhd. Beliau juga adalah seorang Perunding Aman Palestin dan Penceramah Isu-isu Palestin.
Majlis sambutan ini diadakan pada hari Rabu, 30 Julai 2008 di Dewan Serbaguna yang terletak di tingkat 2, bangunan baru SAM Sungai Merab Luar. Walaupun para hadirin terpaksa duduk di atas tikar, namun mereka dapat memberikan tumpuan pada ceramah yang disampaikan dan mendapat pelbagai input berguna selaku seorang warga Malaysia dan seorang muslim.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan